CERITA INI ADALAH REKAAN
SEMATA-MATA...
Ahmad
dan Hamdi adalah 2 orang sahabat baik dan berjiran. Kedua-dua mereka hidup
dalam kesusahan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan
berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap
kali lepas bekerja untuk solat dan doa.
“Apa
doamu hari ni?” tanya Ahmad kepada sahabatnya.
“Aku
pinta bahawa esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaan ku lebih
daripada biasa,” jawab Hamdi.
Ahmad (gambar hiasan) |
“Doa
kau?” Hamdi pula bertanya. Ahmad cuma senyum tanpa berkata apa-apa.
***
Keesokan
harinya, Hamdi memberitahu Ahmad berita gembira.
“Alhamdullilah,
doa aku semalam dimakbulkan Allah.Majikanku beri bonus pada hari ini”
“Alhamdulillah,
Hari ini ko akan berdoa apa pula??” tanya Ahmad.
“Aku
berdoa bahawa moga isteriku cepat besalin,” jawab Hamdi.
Mereka
berdua pun masuk ke masjid ,mengerjakan solat dan masing-masing berdoa. Sejurus
usai berdoa Hamdi bertanya,
“Kau
berdoa apa pula untuk hari ini?”
Ahmad
senyum. Masih tiada jawapan.
***
Beberapa
hari kemudian, Hamdi memberitahu berita gembira.
“Syukur
isteriku selamat bersalin malam tadi.Nampaknya doaku makbul, Mad.”
“Tahniah
Hamdi.. Aku berdoa juga bahawa anakku selamat,” kata Ahmad dengan wajah suram.
“Kenapa
dengan anak kau?”
“Anakku
yang bongsu sakit, Hamdi. Keadaannya amat membimbangkan.”
“InsyaAllah,
kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat.” Kata Hamdi.
***
Beberapa
hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
“Bagaimana
dengan anak kau? ” tanya Hamdi.
“Macam
itu juga, sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit
sahaja.”
“Doa
banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku
doakan mustajab. Tapi kau…..” kata Hamdi.
“Kenapa
dengan aku?”
“Mad,
aku lihat doamu tidak mustajab.”
Ahmad
tersenyum. Melihat Ahmad tersenyum,Hamdi semakin hairan lalu bertanya lagi.
“Aku
hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh senyum..?”
“Sebenarnya
doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur alhamdullilah.”
“Doa
yang mana? Sebab aku tidak lihat ada apa-apa perubahan pada kau.”
“DOAKU
sejak dulu hanya untuk kau, SAHABATKU. Setiap hari aku berdoa agar Allah
makbulkan apa yang kau doakan kepada-NYA.“
———————————————————————————————-
Sabda
Rasulullah SAW,
“Do’a
seorang saudara kepada saudaranya yang
lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui do’a tersebut) adalah do’a yang
pasti diperkenankan, di sisinya seorang malaikat yang ditugaskan di mana setiap
kali ia mendo’akan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang
ditugaskan itu berkata; Amin dan bagimu seperti itu juga”
[HR
Muslim]
———————————————————————————————-
Sahabat2ku
sdg diuji dgn bermacam2 bentuk ujian. Ya Allah, kentalkan mereka utk menghadapi
semua ujian ini..
#IBNUAHMED III EMPIRE PAGE
#ANewHope #Pray4LuqmanHamdi2Egypt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan