Pengikut

Khamis, 9 Januari 2014

Kreativiti Melukis : Bakat Semulajadi atau Bakat Diasah?

Seringkali saya ditanyakan dengan soalan “Bolehkah kreativiti dipupuk atau ianya memang datang semulajadi?” atau ada yang membuat pernyataan “Kau ada bakat kreatif, bolehlah hasilkan karya yang bagus…”. Setiap kali itu juga saya selalu membalas dengan jawapan bermotivasi iaitu “Kreativiti boleh diasah…kau pun boleh buat”. Bagaimana hendak mengasah kreativiti?
Sterotaip :
Kulit je lain , tapi sebenarnya tengah tadabbur Al-Quran ni ^_^ .
Pertama sekali, kita lihat maksud bakat terlebih dahulu. Saya setuju kalau dikatakan bahawa bakat itu wujud secara semulajadi. Mungkin disebabkan keturunan atau persekitaran individu tersebut dilahirkan dan dibesarkan. Walau bagaimanapun, bakat perlukan latihan serta panduan supaya ianya boleh berkembang. Jika tidak, bakat akan terbantut setakat tahap ianya didedahkan sahaja.

Adakah seseorang yang berbakat itu kreatif?
Kreatif adalah sinonim dengan aktiviti mencipta (create). Jadi, seseorang yang kreatif haruslah sentiasa menghasilkan sesuatu. Kreativiti juga selalu dikaitkan dengan sesuatu yang unik dan menarik. Individu yang kreatif perlu sentiasa menghasilkan karya yang lebih baik dari sebelumnya dan selalu mencari-cari idea yang unik untuk karya seterusnya.
Individu yang berbakat tidak semestinya kreatif. Contohnya, jika seseorang itu pandai melukis karakter komik Naruto sejak dari kecil dan sehingga ke dewasa beliau hanya boleh melukis karekter yang sama, sudut yang sama mengikut stroke yang sama, beliau tidak kreatif. Walau pun, lukisan tersebut sangat cantik. Ini adalah kerana jika beliau diminta untuk melukiskan karekter tersebut pada sudut yang berbeza, beliau tidak mampu menghasilkannya dengan baik. Ini berlaku disebabkan kurangnya eksplorasi dan latihan.

Untuk menjadi kreatif, seseorang itu perlulah banyak membuat latihan. Belajar perkara asas terlebih dahulu – melukis, merekabentuk, menggubah lagu dan sebagainya. Setelah perkara asas telah dikuasai, teruskan membuat latihan dan eksperimentasi. Di dalam bidang kreatif ini, latihan perlu dilakukan hampir setiap hari supaya kita sentiasa mempunyai idea-idea baru yang segar.

Kaedah untuk meningkatkan kreativiti:


  1.         Mulakan dengan meniru (biasanya untuk yang baru)

  2. Lukis gambar tokoh yang masyhur dan dikenali dunia.

    Cari sesuatu hasil karya yang disukai. Kemudian, cuba hasilkannya kembali sesempurna yang mungkin. Lakukan rutin ini sehingga satu masa, anda tidak perlu lagi meniru. Tetapi awas, jangan sampai menciplak idea orang lain. Simpan hasil kerja latihan anda sebagai bahan rujukan sendiri. Bukannya sebagai portfolio.

  3.           Rajinkan diri membuat lakaran idea (sketch)



    Beli satu buku sketch dan sentiasa lakarkan idea-idea baru yang anda fikirkan di dalam buku tersebut.
  4. Keluar rumah atau pejabat..outbox view

    Keluar dan lihat idea-idea yang terdapat di jalanan, di dalam kompleks membeli-belah, di dalam restoran. Lihat dan simpan flyers, brochure, kad nama yang unik dan menarik. Bawa balik dan cuba applykan kombinasi idea-idea tersebut di dalam latihan harian anda. Lukis gambar-gambar yg ada dlm majalah atau poster untuk mendapat gambaran jelas.
  5. Sentiasa memikirkan idea-idea yang unik

    Bila dapat idea yang unik, tuliskan atau lakarkan di dalam buku anda. Fikirkan idea-idea yang lain daripada yang lain. Jika, orang lain buat begini, anda cuba fikirkan beberapa cara lain untuk menghasilkan perkara yang sama.
  6. Tingkatkan kemahiran berfikir secara kreatif



    Berfikir secara kreatif perlukan panduan. Sila cari buku atau hadiri seminar-seminar yang mengajar kaedah berfikir secara kreatif. Ini sangat membantu anda menjadi lebih kreatif dan meningkatkan motivasi dalaman untuk lebih produktif.
  7.           Cintai apa juga yang anda buat

    Gembira serta kepuasan adalah satu motivasi diri yang sentiasa mendorong diri menjadi lebih kreatif. Sentiasa gembira dengan kerja yang anda lakukan, anda akan buat lebih lagi di masa akan datang.
Semoga tips yang ringkas ini membantu anda menjadi lebih kreatif. LIKE #IbnuAhmedEmpirePage on Facebook /  Moga Islam terus Tertegak di dunia.




“The secret to creativity is knowing how to hide your sources.” ~ Albert Einstein