Sterotaip : Kulit je lain , tapi sebenarnya tengah tadabbur Al-Quran ni ^_^ . |
Adakah seseorang yang berbakat itu kreatif?
Kreatif adalah sinonim dengan aktiviti mencipta (create). Jadi, seseorang yang kreatif haruslah sentiasa menghasilkan sesuatu. Kreativiti juga selalu dikaitkan dengan sesuatu yang unik dan menarik. Individu yang kreatif perlu sentiasa menghasilkan karya yang lebih baik dari sebelumnya dan selalu mencari-cari idea yang unik untuk karya seterusnya.
Individu yang berbakat tidak semestinya kreatif. Contohnya, jika seseorang itu pandai melukis karakter komik Naruto sejak dari kecil dan sehingga ke dewasa beliau hanya boleh melukis karekter yang sama, sudut yang sama mengikut stroke yang sama, beliau tidak kreatif. Walau pun, lukisan tersebut sangat cantik. Ini adalah kerana jika beliau diminta untuk melukiskan karekter tersebut pada sudut yang berbeza, beliau tidak mampu menghasilkannya dengan baik. Ini berlaku disebabkan kurangnya eksplorasi dan latihan.
Untuk menjadi kreatif, seseorang itu perlulah banyak membuat latihan. Belajar perkara asas terlebih dahulu – melukis, merekabentuk, menggubah lagu dan sebagainya. Setelah perkara asas telah dikuasai, teruskan membuat latihan dan eksperimentasi. Di dalam bidang kreatif ini, latihan perlu dilakukan hampir setiap hari supaya kita sentiasa mempunyai idea-idea baru yang segar.
Kaedah untuk meningkatkan kreativiti:
- Mulakan dengan meniru (biasanya untuk yang baru)
- Rajinkan diri membuat lakaran idea (sketch)
Beli satu buku sketch dan sentiasa lakarkan idea-idea baru yang anda fikirkan di dalam buku tersebut. Keluar rumah atau pejabat..outbox view
Keluar dan lihat idea-idea yang terdapat di jalanan, di dalam kompleks membeli-belah, di dalam restoran. Lihat dan simpan flyers, brochure, kad nama yang unik dan menarik. Bawa balik dan cuba applykan kombinasi idea-idea tersebut di dalam latihan harian anda. Lukis gambar-gambar yg ada dlm majalah atau poster untuk mendapat gambaran jelas.Sentiasa memikirkan idea-idea yang unik
Bila dapat idea yang unik, tuliskan atau lakarkan di dalam buku anda. Fikirkan idea-idea yang lain daripada yang lain. Jika, orang lain buat begini, anda cuba fikirkan beberapa cara lain untuk menghasilkan perkara yang sama.Tingkatkan kemahiran berfikir secara kreatif
Berfikir secara kreatif perlukan panduan. Sila cari buku atau hadiri seminar-seminar yang mengajar kaedah berfikir secara kreatif. Ini sangat membantu anda menjadi lebih kreatif dan meningkatkan motivasi dalaman untuk lebih produktif.- Cintai apa juga yang anda buatGembira serta kepuasan adalah satu motivasi diri yang sentiasa mendorong diri menjadi lebih kreatif. Sentiasa gembira dengan kerja yang anda lakukan, anda akan buat lebih lagi di masa akan datang.
Lukis gambar tokoh yang masyhur dan dikenali dunia. |
Semoga tips yang ringkas ini membantu anda menjadi lebih kreatif. LIKE #IbnuAhmedEmpirePage on Facebook / Moga Islam terus Tertegak di dunia.
“The secret to creativity is knowing how to hide your sources.” ~ Albert Einstein