[GAMBAR] SYAHIDNYA
SHEIKH ABDUL KADER MULLAH?
Ketahuilah apa sebenarnya
punca kepada kebangkitan rakyat di Bangladesh.
Kenali juga siapakah insan pilihan Allah, Sheikh Abdul
Kader yang telah syahid baru-baru ini? Baca juga apakah kata-kata terakhir
beliau kepada para pejuang Islam bukan sahaja di Bangladesh malah di
seluruh dunia. Lihat juga gambar-gambar
sekitar pengebumian asy syahid di Bangladesh. AllahuAkbar!
Mahkamah Pengadilan
Internasional Bangladesh yang diasaskan Sheikh Hasina Wajed telah mendakwa
pemimpin Jamaat-El-Islami menjadi tali barut kerajaan Pakistan untuk
menjatuhkan negaranya sendiri kerana tidak bersetuju dengan proses pemisahan
Pakistan-Bangladesh. Konflik bersejarah itu berlaku selama 9 bulan, iaitu pada
16 Disember 1971 di mana Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini
Bangladesh) dan India,
bertempur sehingga membawa kepada penubuhan negara Bangladesh.
Terbaharu pihak mahkamah
telah mendakwa Abdul Kader Mullah, pemimpin Jamaat-el-Islami bersalah dan
memutuskan hukuman mati di atas tanggungjawab kejahatan perang 1971. Sedangkan
pada bulan Februari lalu, Abdul Kader Mullah dihukum penjara seumur hidup dan
tiba-tiba berubah menjadi hukuman mati. Human
Rights Watch yang berpusat di
New Yorksebelum ini mengatakan prosedur hukuman yang digunakan oleh
mahkamah itu tidak memenuhi standard internasional.
Perubahan hukuman
terhadap Abdul Kader Mullah ini adalah perubahan yang berpunca daripada protes
golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadap Abdul Kader Mullah
terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan ke atasnya. Dalam hal
ini, Mahkamah Agung Bangladesh tunduk kepada tekanan segelintir golongan
sekular pelampau dengan mengenepikan keadilan yang sebenar yang sepatutnya
diberikan kepada Abdul Kader.
Sejak tahun 2010 lagi
Perdana Menteri Hasina Wajed membentuk Mahkamah Internasional berkenaan isu
kejahatan perang Bangladesh untuk mengadili mereka yang dituduh melakukan
kejahatan di masa perang 1971, tetapi pengadilan itu telah dikritik luas kerana
menjadikan lawan politiknya mangsa dan sasaran, dan ia beroperasi tanpa
melibatkan pengawasan PBB.
Sepatutnya Mahkamah
Bangladesh melihat kepada keadilan dengan berpandukan kepada fakta kes dan
bukan kepada sentimen sesetengah pihak semata-mata. Apakah Abdul Kader telah
mendapat keadilan yang sewajarnya dengan hukuman mati dan adakah ia adil untuk
rakyat Bangladesh? Hukuman ini menggambarkan kerajaan Bangladesh adalah zalim
dan Sheikh Hasina adalah pemimpin kuku besi yang mewarisi pemerintahan negara
tersebut.
Dalam keadaan parti politik seperti
Jamaat-el-Islami semakin berpengaruh dan mendapat tempat di hati rakyat,
kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan pertubuhan gerakan Islam tersebut pada
bulan lepas. Sementara itu, hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami
ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini
bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh?
Kata-kata terakhir buat
keluarga as-Syahid:
"Aku
telah menjadi pelindung kalian. Jika kerajaan membunuhku tanpa keadilan, maka
matiku itu syahid. Selepas kesyahidanku, Allah Maha Besar yang akan menjadi
pelindung kalian. Dialah sebaik-baik Pelindung. Maka janganlah kalian khuatir.
Aku memang tidak bersalah. Mereka hendak
membunuhku kerana aku terlibat dengan gerakan Islam. Bukan semua orang bertuah
untuk mati syahid. Sesiapa yang dikurniakan syahid oleh Allah, maka dia
sememangnya orang yang bertuah. Jika aku menerima kesyahidan, maka inilah
pencapaian yang terbaik dalam hidupku. Setiap titis darahku akan menambah
kemaraan gerakan Islam dan menyebabkan kehancuran penindas. Aku tak risaukan
diriku. Aku begitu prihatin dengan masa depan negara dan gerakan Islam. Setahu
aku, aku tidak pernah buat salah.
Aku telah menginfakkan diriku sepenuhnya untuk
gerakan Islam untuk menyelamatkan orang-orang Bangladesh. Aku tidak pernah
tunduk pada ketidakadilan dan tidak akan sekali-kali di masa depan. Tak
terlintas di fikiran untuk aku memohon belas kasihan daripada pihak berkuasa
yang mementingkan keduniaan. Allah penentu kehidupan dan kematian. Kematianku
tidak akan terjadi berdasarkan keputusan orang lain. Masa dan hari kematianku
hanyalah mengikut takdir Allah. Maka aku redha menerima takdir Allah dengan
sebaiknya.
Bersabarlah kalian. Keredhaan dan keampunan
Allah hanya diperoleh melalui kesabaran dan toleransi. Hanya jaminan
keselamatan di Akhirat menjadi keinginanku. Aku memohon doa dan sokongan orang
ramai agar syahidku diterima. Sampaikan salamku pada rakyat atas sokongan dan
restu mereka."
Mengenai isu berkaitan politik dendam Hasina Wajed,
Ikhwanul Muslimin telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari Jumaat, 8
Februari 2013 :
- Kami bersama deru angin
kemerdekaan laungan rakyat yang bertiup melalui seluruh pelusuk dunia,
menganggap perbicaraan di Bangladesh terhadap tujuh pemimpin kumpulan
Islam (Jamaat-el-Islami) melanggar hak keadilan sejagat dan merupakan
tuduhan bersifat politik (tuduhan kerajaan pemerintah terhadap parti
Islam), bukannya tuduhan jenayah.
- Kami menyeru kepada semua Negara,
dan di negara-negara Islam khususnya, bersama badan-badan dan institusi
antarabangsa untuk melakukan tekanan agar tragedi kemanusiaan yang menimpa
akibat ketidakadilan politik terhadap tahanan politik di Bangladesh ini
dihentikan.
- Salah satu tujuan syariah
(undang-undang Islam) adalah untuk melindungi kehidupan rakyat supaya
hak-hak mereka dipenuhi. Kita mesti mendukung nilai Islam yang tinggi,
prinsip dan cita-cita keadilannya melebihi dari pihak-pihak tertentu yang
bercakap tentang keadilan kerana sebab-sebab politik dan matlamat
menjatuhkan politik lawan.
- Kami menuntut kerajaan Bangladesh
(pimpinan Hasina Wajed) agar melepaskan semua pimpinan Jamaat-El-Islami
yang ditangkap sementara menunggu penyiasatan ke atas kes diselesaikan.
Mereka harus menerima perbicaraan yang adil sebelum hakim menentukan
semula hak-hak mereka yang termaktub dalam semua lapangan perlembagaan.
- Kami memberi amaran kepada
pimpinan yang diberi amanah mentadbir negara agar tidak menggunakan kuasa untuk
melakukan penindasan, dendam dan ancaman untuk menghilangkan lawan politik
rejim.
- Kami yakin bahawa Persidangan
Kemuncak Islam yang diadakan baru-baru ini di Kaherah, menyokong
sepenuhnya pendaulatan negara berpaksikan keadilan dan kesaksamaan. Kami berdoa
kepada Allah agar membimbing mereka berkhidmat demi kepentingan terbaik
rakyat dan negara, serta menolak ketidakadilan untuk semua yang ditindas.
- Jamaat-el-Islami diasaskan pada
tahun 1941 dan berakar dari politik pemikiran Maulana Sayyid Abul A'la
Maududi (1903-1979), intelektual yang paling penting Islam dalam sejarah
Asia Tenggara. Al-Maududi juga mempunyai pengaruh yang besar ke atas
Ikhwanul Muslimin dan secara global ia mempunyai hubungan rapat dengan
Jamaat-el-Islami. Kerana pengaruh yang dibawa oleh Al-Maududi, Kerajaan
Bangladesh telah mengambil tindakan mengharamkan seluruh buku-buku
karangan beliau di negaranya. Al Maududi sebagaimana yang didakwa Hasina
Wajed telah membawa ideologi radikal dalam ajaran Islam.
Kepada pendukung Jamaat
Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-syahid, serta bakal as-syahid yang
lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah
janji dari Allah.
Demikian gesaan Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan Penolong Setiausaha Agung
Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Molla yang menemtui syahid di tali
gantung, hari ini.
Berikut
kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi.
Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya
saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga
merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung
yang tidak mengenal erti kebenaran.
Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan
terhadap sistem keadilan, apabiladisabitkan kesalahan dengan fakta yang
meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.
Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam
negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di
peringkat antarabangsa.
Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal
terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik
dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013
lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan
Islam.
Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh
dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa
kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.
Teruskan perjuangan menentang kezaliman,
mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar
kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!
Saudaramu,
Abdul
Hadi Awang
Presiden PAS Malaysia
Gambar Sekitar Upacara Pengebumian Sheikh Abdul Kader Mullah:
Di bawah pula gambar-gambar sekitar krisis dan penindasan yang
telah dilakukan oleh kerajaan diktator sekular Sheikh Hasina terhadap rakyatnya
sendiri:
Lihatlah dunia. Dikala
saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang
mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu,
memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen
aqidah Islamiah. Di bumi yang bermandikan darah beginilah bangkitnya para
pejuang Jamaat Islami memimpin kebangkitan umat Islam di sana sehingga membawa
kepada syahidnya salah seorang pimpinan mereka, Sheikh Abdul Kader Mullah.
Ketahuilah, 40 000 ribu ahli Jamaat Islami sekarang dipenjara. Awas Hasina
Wajed, anda bakal jatuh!
# Ya ALLAH, tuhan yang maha pengampun,
ampunkanlah dosa-dosa kami. Kekalkan jiwa kami untuk terus berjuang menegakkan
agamaMu di bumi ini. Terimalah semua bentuk perjuangan kami bagi menegakkan syiar
Islam sehingga akhir hayat kami dan mati kami sebagai hamba mu yang engkau
redhai lagi kasihi, AMEEN..
# Ya ALLAH, tuhan yang maha pengampun,
ampunkanlah dosa-dosa kami. Kekalkan jiwa kami untuk terus berjuang menegakkan
agamaMu di bumi ini. Terimalah semua bentuk perjuangan kami bagi menegakkan syiar
Islam sehingga akhir hayat kami dan mati kami sebagai hamba mu yang engkau
redhai lagi kasihi, AMEEN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan