Pengikut

Khamis, 24 Disember 2020

Surat buat temanku

 

بسم الله الرحمن الرحيم

25 Disember 2020

10 Jamadil awal 1442

Assalamualaikum WBT,

Kehadapan sahabatku, yang kini dalam pengetahuanku berada di Shah Alam, Malaysia. Semoga ketika membaca surat ini, engkau berada dalam keadaan tersenyum, sihat dan sejahtera. Kerana Allah telah menghadirkan kembali rasa sayang serta KasihNya padamu. Rasa yang sama ketika kita bersama dahulu, menjalani hari-hari penuh lelah, merangkai senyum dalam keletihan. Namun, kita menghimpunkannya dalam suasana penuh cinta.

            Sahabat, sekali lagi aku menyapamu, untuk sebuah rasa rinduku padamu. Apa khabarmu hari ini? Dari tempat aku menulis sepucuk surat ini, aku selalu berdoa dalam segenap hatiku, agar engkau di sana tetap teguh dalam keimanan, dan Allah tak pernah berhenti mencurahkan RahmatNya padamu.

Pertama.

Ini adalah surat pertama seingat aku pernah dituliskan kepadamu. Jelas aku tidak tahu apakah aku pernah menulis apa pun surat sebelum kita berpisah di Kuala Lumpur. Meskipun jika ini bukan yang pertama bagi ku, kemungkinan besar ini yang terakhir. Pernahkah kau terfikir mengapa Allah mempertemukan kita? Adakah semua kenangan indah yang kita alami terjadi begitu saja. Aku tidak berkuasa membendung butiran cinta bila merenungi semua ini. Di sepertiga malam, kadang-kadang ku curahkan segenap rinduku pada Sang Pemberi Cinta, kerana aku tahu padaNya bermulalah rasa rinduku padamu. dan tak lupa sebait doa ku lantunkan agar kau selalu dalam naunganNya.

Kedua.

Terakhir kali ketika kita berpisah, aku benar-benar tidak berdaya melepaskanmu, kenangan-kenangan manis yang telah lama kita jalin, rasanya terlalu erat untuk diuraikan. Tapi senyummu ketika itu, mengisyaratkan agar aku tetap tabah. Hingga kini apabila jiwaku terasa sunyi wajah ceriamu selalu hadir. Seolah engkau benar-benar ada di sampingku. Mengingatkanku bisikanmu tanpa jemu tentang matlamat, pengurusan kewangan dan kerjaya masa depan yang perlu dirancang dengan bijak dan teliti. Kau menghiburku dengan cerita-cerita indah dari syurga, tentang orang-orang yang selalu dikasihi Allah. Hari ini aku tersedar bahawa engkaulah lebih arif dalam hal tersebut.

Ketiga.

Suatu ketika cahaya senja menaungiku di bibir pantai St. Kilda, Melbourne aku termenung sambil menatap riak-riak air laut yang tenang. Membiarkan angin dengan lembutnya menerpa wajahku. Mengusikku, kala itu sedang terkenang dirimu. Dan butiran jernih pun kembali mengalir, sesekali riak-riak air laut menggodaku, menyentuh kakiku tak beralas. Aku ingin kau tahu bahawa aku tidak takut, untuk ditinggal atau dilupakan. Tentang kehilangan diri ku selama ini, adalah kerana aku mengalami konflik dalaman dan luaranku yang infiniti. Aku cuba memahami makna diri tentang hikmah nasib dan nasab keluargaku, titik dan koordinat sejarahku, ternyata apa yang ku fikirkan selama ini adalah sia-sia. Itulah kebarangkalian punca aku memendam rasa dan kerap gagal berdepan realiti dan cabaran baharu selama ini berbanding teman-temanmu yang lebih tabah dan syukur dalam perjuangan hidup.

Keempat.

Maka di setiap malam aku mendengar sayup sebutan nama teman-teman dari jauh. Khair, Sufian, Lutfi, Razif, Aqiel, Najib, Nabil, Safwan, Zarin, Muslim, Amiruddin dan teman-teman seperjuangan yang lain. Dan aku hanya cuba mengulanginya berulang kali dalam doa. Dan semuanya muncul kembali dalam mimpiku berulang kali. Hanya perkara-perkara kecil yang dikenang. Seperti ketika matahari terbenam di sekeliling Tasik Universiti Malaya pada masa yang tepat, tepat sebelum itu tergelincir ke bawah Bukit Botak. Menaiki motosikal Lagenda berulang-alik dari KK9 ke RO dan RM. Berhari raya Aidil Adha mengembara sehingga ke sempadan Thailand jauhnya. Dan aku ingat rasa makanan yang sering engkau belanjakan kepadaku. Aku tak pernah terfikir akan sangat merindui momen-momen itu.

Kelima.

Sahabatku, yang jiwamu selalu terpancar cahaya keimanan Jika boleh memilih, aku ingin selalu setia bersamamu, mendengarkan cerita-ceritamu, atau menghiburmu kala kau sedang berduka. Tetapi, aku mengerti bahawa Sang Khaliq telah menyiapkan senario terindahnya untuk kita. Sehingga tak ku risaukan lagi apapun takdir Tuhan nanti. Boleh mengenalmu sahaja sudah sangat bersyukur. Bersyukur Allah menghadirkanmu pada sepotong mozek hidupku yang singkat ini. Sepotong kenangan indah bersamamu, mampu mencerahkan setiap langkahku.

Keenam,

Sepucuk surat yang engkau genggam dalam renungan ini, telah ku tulis dengan getaran hati sejak mengembara ke sebuah benua baru. Setiap untaian katanya adalah kuntum–kuntum rinduku. Aku menulisnya dengan perasaan yang sama saat kita mengucapkan janji-janji suci, bahawa kita akan bertemu kembali di tempat terindah. Kini, saat kita tidak bersama lagi. Hanya janji suci itulah menguatkan aku, mengiringi langkahku dalam merangkai cita-cita. Temuilah semula daku di sebuah gedung ilmu di Bandar Baru Bangi apabila tiba hujung tahun ini.

Ketujuh,

Semenjak kita berpisah, aku telah mengenal banyak orang, bertemu berbagai rupa manusia. Namun, tak kutemukan satupun perasaan yang sama saat bersamamu. Ada kehangatan jiwa yang ku rasakan, apabila kita ketawa dengan kecuaian kita sendiri, kau telah mengajari aku bagaimana cara agar kita tetap tersenyum, meski takdir terasa pahit. Maka aku teringat engkau. Aku teringat kau pertama kali datang ke dalam kelas Arab Ustaz Akhbar mewakili pembentangan untuk majmuah 6, hanya remaja yang lucu, yang bahkan tidak boleh mengingati kuncinya sendiri. Tetapi dari saat engkau melangkah keluar dari Nilam Puri ke rumah Ustaz Yahya Othman, menjadi pemimpin PMIUM di UM dan membantu ramai rakan-rakan sepengajian. Aku tahu bahawa aku akan mengikutimu ke mana sahaja. Begitu juga kau akan mengikuti aku ke mana sahaja. Dan aku mesti membalas solidariti itu, kami semua mesti bersama engkau. Jika aku boleh melakukannya lagi, aku akan cuba. Sebaliknya setiap kali mahu mengikuti jejakmu aku merasakan tidak layak kerana hidup melarat dan terbuang di jalanan. Aku tidak akan mengubah apa pun kerana ceteknya ilmu yang ku pelajari dalam kehidupan.

Kelapan,

Harapan aku pada engkau ialah, bila kau melihat ke belakang, bertahun-tahun dari sekarang (2020), adalah engkau akan tetap sama. Masa depan berada di tangan kau sekarang, Ehwan. Dan aku tahu engkau akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk melakukan apa yang benar dan mengelakkan daripada apa yang salah. Setahuku engkau selalu optimis. Jagalah pertalian hati semua teman-teman Ribbiyun, APIUM dan UM untuk ku. Dan jagalah dirimu sebaiknya.

            Ku harap juga engkau selalu dalam kebaikan, jagalah selalu solatmu, tilawahmu, serta lisanmu. Sehingga para malaikat menyaksikan engkau sebagai hambaNya yang sempurna dalam keimanan. Sahabatku, ku harap pula agar engkau selalu menjaga akhlakmu di manapun engkau berada, serta kepada siapapun, kepada orang yang muda ataupun tua, bahkan kepada orang-orang yang membencimu sekalipun. Begitu juga diriku, ku mohon agar engkau selalu mendoakanku. Agar kita bisa menjadi peribadi yang menawan kerana akhlak dan ilmu.

Kesembilan,

Wahai sahabatku, di kesempatan ini aku ingin memohon maaf andai tidak memenuhi permintaanmu, undanganmu atau hutang jasamu. Dengan penuh rasa gembira khabarmu, aku mengucapkan “Selamat Pengantin Baru”. Baraka Allahu lakuma wa baraka alikuma wa jamaah baina kuma fii khair, semoga berkat Allah dilimpahkan kepadamu serta menghimpun kalian berdua dalam keadaan yang bahagia. Kedua-dua perkara pada isterimu itu hendaklah dijaga kerana jasadnya itu perlukan perlindungan dan penjagaan daripadamu manakala bagi roh itu janganlah engkau membebankan dia dengan rasa susah hati dan berusahalah mengembirakan dia kerana itulah haknya. Oleh itu hendaklah engkau bersabar dan berusaha memastikan keluarga dan orang di bawah jagaanmu selamat. Engkau layak untuk mendapat kebahagiaan.

Kesepuluh.

Sesukar apa pun perjalan yang kau tempuh, sepahit apa pun kisah yang kau rasa. Ku mohon padamu, janganlah pernah berpaling dari cahayaNya. Yakinlah, bahawa engkau tak pernah sendiri, Allah dengan segala kemurahanNya akan selalu membimbingmu, asal dirimu selalu menjaga waktu untuk selalu dekat padaNya. Sahabatku yang hatinya selalu terpancar cahaya Illahi, selalu ada ruang dihatiku untukmu, kerana kau telah terlebih dahulu membesarkan hatiku. Dan aku berharap semoga kita bertemu kembali walau di tempat dan waktu yang berbeza, namun masih ada cinta di sana.

            Sahabatku, yang kerana Allah aku merindukanmu. Inilah sepucuk surat yang ku tulis untukmu, ku tulis dengan hati tulus ikhlas, dengan jiwa yang basah. Semoga setelah engkau membacanya, semakin terjalinlah rasa persahabatan kita. Dan semakin semangat pula ikhtiar kita menuju jalanNya. Semoga Allah menghimpun kita di taman-taman syurga, seperti janji suci yang kita ikrarkan. Terima kasih kerana telah menjadi sahabat sematiku. Jumpa lagi, sahabat. Sekian, wassalam.


Sahabatmu,


Penulis Tanpa Nama.

Khamis, 9 Januari 2014

Kreativiti Melukis : Bakat Semulajadi atau Bakat Diasah?

Seringkali saya ditanyakan dengan soalan “Bolehkah kreativiti dipupuk atau ianya memang datang semulajadi?” atau ada yang membuat pernyataan “Kau ada bakat kreatif, bolehlah hasilkan karya yang bagus…”. Setiap kali itu juga saya selalu membalas dengan jawapan bermotivasi iaitu “Kreativiti boleh diasah…kau pun boleh buat”. Bagaimana hendak mengasah kreativiti?
Sterotaip :
Kulit je lain , tapi sebenarnya tengah tadabbur Al-Quran ni ^_^ .
Pertama sekali, kita lihat maksud bakat terlebih dahulu. Saya setuju kalau dikatakan bahawa bakat itu wujud secara semulajadi. Mungkin disebabkan keturunan atau persekitaran individu tersebut dilahirkan dan dibesarkan. Walau bagaimanapun, bakat perlukan latihan serta panduan supaya ianya boleh berkembang. Jika tidak, bakat akan terbantut setakat tahap ianya didedahkan sahaja.

Adakah seseorang yang berbakat itu kreatif?
Kreatif adalah sinonim dengan aktiviti mencipta (create). Jadi, seseorang yang kreatif haruslah sentiasa menghasilkan sesuatu. Kreativiti juga selalu dikaitkan dengan sesuatu yang unik dan menarik. Individu yang kreatif perlu sentiasa menghasilkan karya yang lebih baik dari sebelumnya dan selalu mencari-cari idea yang unik untuk karya seterusnya.
Individu yang berbakat tidak semestinya kreatif. Contohnya, jika seseorang itu pandai melukis karakter komik Naruto sejak dari kecil dan sehingga ke dewasa beliau hanya boleh melukis karekter yang sama, sudut yang sama mengikut stroke yang sama, beliau tidak kreatif. Walau pun, lukisan tersebut sangat cantik. Ini adalah kerana jika beliau diminta untuk melukiskan karekter tersebut pada sudut yang berbeza, beliau tidak mampu menghasilkannya dengan baik. Ini berlaku disebabkan kurangnya eksplorasi dan latihan.

Untuk menjadi kreatif, seseorang itu perlulah banyak membuat latihan. Belajar perkara asas terlebih dahulu – melukis, merekabentuk, menggubah lagu dan sebagainya. Setelah perkara asas telah dikuasai, teruskan membuat latihan dan eksperimentasi. Di dalam bidang kreatif ini, latihan perlu dilakukan hampir setiap hari supaya kita sentiasa mempunyai idea-idea baru yang segar.

Kaedah untuk meningkatkan kreativiti:


  1.         Mulakan dengan meniru (biasanya untuk yang baru)

  2. Lukis gambar tokoh yang masyhur dan dikenali dunia.

    Cari sesuatu hasil karya yang disukai. Kemudian, cuba hasilkannya kembali sesempurna yang mungkin. Lakukan rutin ini sehingga satu masa, anda tidak perlu lagi meniru. Tetapi awas, jangan sampai menciplak idea orang lain. Simpan hasil kerja latihan anda sebagai bahan rujukan sendiri. Bukannya sebagai portfolio.

  3.           Rajinkan diri membuat lakaran idea (sketch)



    Beli satu buku sketch dan sentiasa lakarkan idea-idea baru yang anda fikirkan di dalam buku tersebut.
  4. Keluar rumah atau pejabat..outbox view

    Keluar dan lihat idea-idea yang terdapat di jalanan, di dalam kompleks membeli-belah, di dalam restoran. Lihat dan simpan flyers, brochure, kad nama yang unik dan menarik. Bawa balik dan cuba applykan kombinasi idea-idea tersebut di dalam latihan harian anda. Lukis gambar-gambar yg ada dlm majalah atau poster untuk mendapat gambaran jelas.
  5. Sentiasa memikirkan idea-idea yang unik

    Bila dapat idea yang unik, tuliskan atau lakarkan di dalam buku anda. Fikirkan idea-idea yang lain daripada yang lain. Jika, orang lain buat begini, anda cuba fikirkan beberapa cara lain untuk menghasilkan perkara yang sama.
  6. Tingkatkan kemahiran berfikir secara kreatif



    Berfikir secara kreatif perlukan panduan. Sila cari buku atau hadiri seminar-seminar yang mengajar kaedah berfikir secara kreatif. Ini sangat membantu anda menjadi lebih kreatif dan meningkatkan motivasi dalaman untuk lebih produktif.
  7.           Cintai apa juga yang anda buat

    Gembira serta kepuasan adalah satu motivasi diri yang sentiasa mendorong diri menjadi lebih kreatif. Sentiasa gembira dengan kerja yang anda lakukan, anda akan buat lebih lagi di masa akan datang.
Semoga tips yang ringkas ini membantu anda menjadi lebih kreatif. LIKE #IbnuAhmedEmpirePage on Facebook /  Moga Islam terus Tertegak di dunia.




“The secret to creativity is knowing how to hide your sources.” ~ Albert Einstein

Jumaat, 27 Disember 2013

Syahidnya Sheikh Abdul Kader Mullah : Cakna Isu perjuangan Jamaat El-Islami di Bangladesh .

Khamis, 21 November 2013

10 Tips Cara Menghilangkan Bau Badan ^^

10 Tips Cara Menghilangkan Bau Badan


Cara menghilangkan bau badan, Bau badan adalah kombinasi antara keringat dan bakteri biasanya terjadi di ketiakKeringat sebenarnya tidak berbau, namun  bakteri yang hidup dalam keringat dari tubuh kita adalah yang menyebabkan bau. Keluarnya keringat berguna untuk menurunkan suhu badan misalnya ketika habis olahraga atau ketika berada pada kondisi yang panas. Keringat keluar dari seluruh tubuh melalui pori – pori namun sebenarnya tidak berbau.
Lelaki biasanya memiliki bau badan dibanding wanita,  ia adalah satu alasan mengapa lelaki memiliki bau yang lebih karena mereka memiliki kadar testosteron yang lebih tinggi, karena mempengaruhi produksi keringat apokrin atau karena bekerja. Namun ini biasanya terjadi karena kebersihan yang tidak terjaga.

Tips Cara mengatasi / menghilangkan bau badan
Banyak cara yang bisa anda lakukan sendiri di rumah dan mungkin itu harus anda lakukan dengan rutin dan harus dengan perhatian khusus dari anda. Berikut melalu blog carapada ini saya berikan tips yang bisa anda coba, antara lain :
1. Mandi setiap hari menggunakan sabun, jaga kebersihan tubuh.
2. Cuci ketiak dan usap pakai handuk, keringat berlebih sebaiknya segera anda usap.
3. Jaga kebersihan pakaian, pada kondisi tertentu terkadang bahan kain mudah menyerap bau. Sehingga simpanlah pakaian di tempat yang wangi dan ada sirkulasi udara.
4. Hindari makanan yang mengandung banyak bahan kimia. Karena bau badan sangat erat hubungannya dengan metabolisme tubuh.
5. Jika anda merokok, maka cegah dan mulailah untuk berhenti.
6. Membawa sapu tangan untuk sebagai lap keringat, ini bisa anda gunakan untuk membersihkan kotoran pada badan anda.
7. Jaga kesehatan, biasanya orang yang menderita diabetes, keringatnya bau.
8. Asam borat. Salah satu produk terbaik untuk pengobatan bau badan. Asam borat akan memperlambat penyebaran bakteri. Tapi ingat jangan gunakan terlalu banyak, karena bisa mengakibatkan iritasi kulit.
9. Ganti pakaian secara teratur, misalnya jangan kenakan baju, kemeja lebih dari 2 atau 3 hari.
10. Hindari makanan yang menyebabkan bau, misalnya bawang putih dan bawang merah.



Bau badan memang sangat mengganggu kita, terutama ketika kita sedang berkumpul dengan rekan kerja, teman sekolah, atau ketika kita di tempat umum misalnya ketika naik bus, angkutan umum lainnya. Bukan hanya mengganggu diri pribadi anda, namun juga orang di sekitar atau yang dekat dengan anda. Hal yang kadang membuat anda tidak pede ketika tampil di publik selain bau badan  jugabau mulut. Mungkin ini adalah masalah yang memalukan sehingga anda harus cepat untuk mengetahi tips bagaimana cara menhilangkan bau badan. admin sendiri pown sedang berusaha menjaga bau badan~ maklum la pepatah melayu mengatakan  "Memaku dulang, paku serpih; Mengata orang, dia yang lebih".^^

Jumaat, 8 November 2013

:: Doaku untuk Sahabat ::

CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA...

Ahmad dan Hamdi adalah 2 orang sahabat baik dan berjiran. Kedua-dua mereka hidup dalam kesusahan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali lepas bekerja untuk solat dan doa.

“Apa doamu hari ni?” tanya Ahmad kepada sahabatnya.
“Aku pinta bahawa esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaan ku lebih daripada biasa,” jawab Hamdi.
Ahmad (gambar hiasan)
“Doa kau?” Hamdi pula bertanya. Ahmad cuma senyum tanpa berkata apa-apa.
***
Keesokan harinya, Hamdi memberitahu Ahmad berita gembira.


“Alhamdullilah, doa aku semalam dimakbulkan Allah.Majikanku beri bonus pada hari ini”
“Alhamdulillah, Hari ini ko akan berdoa apa pula??” tanya Ahmad.
“Aku berdoa bahawa moga isteriku cepat besalin,” jawab Hamdi.
Mereka berdua pun masuk ke masjid ,mengerjakan solat dan masing-masing berdoa. Sejurus usai berdoa Hamdi bertanya,
“Kau berdoa apa pula untuk hari ini?”
Ahmad senyum. Masih tiada jawapan.

***
Beberapa hari kemudian, Hamdi memberitahu berita gembira.
“Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi.Nampaknya doaku makbul, Mad.”


“Tahniah Hamdi.. Aku berdoa juga bahawa anakku selamat,” kata Ahmad dengan wajah suram.
“Kenapa dengan anak kau?”
“Anakku yang bongsu sakit, Hamdi. Keadaannya amat membimbangkan.”
“InsyaAllah, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat.” Kata Hamdi.

***
Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
“Bagaimana dengan anak kau? ” tanya Hamdi.
“Macam itu juga, sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja.”


“Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau…..” kata Hamdi.
“Kenapa dengan aku?”
“Mad, aku lihat doamu tidak mustajab.”
Ahmad tersenyum. Melihat Ahmad tersenyum,Hamdi semakin hairan lalu bertanya lagi.
“Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh senyum..?”
“Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur alhamdullilah.”
“Doa yang mana? Sebab aku tidak lihat ada apa-apa perubahan pada kau.”


“DOAKU sejak dulu hanya untuk kau, SAHABATKU. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan apa yang kau doakan kepada-NYA.“
———————————————————————————————-
Sabda Rasulullah SAW,
“Do’a seorang saudara  kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui do’a tersebut) adalah do’a yang pasti diperkenankan, di sisinya seorang malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendo’akan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata; Amin dan bagimu seperti itu juga”
[HR Muslim]
 
DOA ROBITHOH
———————————————————————————————-
Sahabat2ku sdg diuji dgn bermacam2 bentuk ujian. Ya Allah, kentalkan mereka utk menghadapi semua ujian ini..

#IBNUAHMED III EMPIRE PAGE #ANewHope #Pray4LuqmanHamdi2Egypt