Pengikut

Ahad, 16 Disember 2012

Islamic Architecture

Seni bina Islam (bahasa Arab عمارة إسلامية, bahasa Parsi معماری اسلامی, bahasa Turki İslami mimari) telah ditonjolkan pada sepanjang sejarah Islam. Istilah ini merangkumi gaya seni bina keagamaan sebagai mana juga bangunan-bangunan sekular, dan bersejarah dan juga penyataan moden, pada pembinaan struktur yang telah datang di bawah berbagai taraf pengaruh oleh kebudayaan Islam.
Prinsip jenis-jenis gaya seni bina Islam adalah; Masjid, Kubur, Istana dan Kota. Dari empat jenis ini, gaya seni bina Islam dikembangkan dan digunakan untuk bangunan-bangunan yang kurang penting seperti tempat mandi awam, air pancut dan gaya seni bina tempatan [1].

1)Sejarah

Pada tahun 630 M, tentera Islam menakluk kembali bandar Mekah dari kaum Quraisy. Perlindungan suci Kaabah telah dibina balik dan didedikasikan semula pada Islam, pembinaan semula ini telah dijalankan sebelum kewafatan Nabi Muhammad pada tahun 632 M oleh seorang tukang kayu kapal Habsyah dalam gaya aslinya. Tempat suci ini dapat digunakan sebagai contoh yang paling awal gaya seni bina Islam walaupun tidak sama seperti gaya seni bina Islam hari ini. Dinding Kaabah dihiasi dengan lukisan Nabi Isa, Siti Maryam, Nabi Ibrahim, nabi-nabi lain, malaikat dan pokok-pokok. Doktrin Islam kemudiannya, bermula dari abad kelapan dengan bersumberkan Hadith, melarangkan penggunaan ikon dalam gaya seni bina, terutamanya ikon manusia dan haiwan [1].
Pada abad ke-7, tentera Muslim memasuki and menakluki wilayah yang luas. Setelah kaum Muslim telah mengambil kuasa suatu daerah, keperluan pertama mereka adalah tempat beribadah - sebuah masjid. Susun atur sederhana merupakan unsur-unsur yang digabungkan dalam semua masjid, penganut Muslim awal membina bangunan sederhana berasaskan rumah Nabi atau mengadaptasikan bangunan-bangunan sedia ada, seperti gereja, untuk kegunaan mereka.

2)Pengaruh dan gaya

Qubbat As-Sakhrah adalah contoh utama gaya seni bina Islam

Gaya seni bina Islam yang dapat dikenali kini berkembang tidak lama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., yang dikembangkan dari model Rom, Mesir, Parsi/Sassanid dan Byzantine. Contoh awal boleh dikenal pasti dengan siapnya Kubah Batu (Qubbat al-Sakhrah) di Baitulmuqaddis. Ia mempunyai ruang kekubah dalaman, kubah bulat, dan penggunaan pola hiasan diolah dalam gaya berulang (arabesque).
Masjid Agung Samarra di Iraq yang dsiap pada tahun 847 M, menggabungkan gaya seni bina hypostyle pada deretan tiang yang menyokong sebuah dasar datar yang di atasnya sebuah menara berpilin besar dibina.
Hagia Sophia di Istanbul juga telah mempengaruhi gaya seni bina Islam. Ketika tentera Turki Uthmaniyyah menawan bandar itu dari Byzantine, mereka menukarkan gereja itu kepada sebuah Masjid (sekarang sebuah muzium) dan memasukkan unsur seni bina Byzantine ke dalam karya mereka sendiri (contohnya kubah). Hagia Sophia juga telah berkhidmat sebagai model untuk beberapa buah Masjid Turki Uthmaniyyah seperti Masjid Shehzade, Masjid Suleiman dan Masjid Rüstem Pasha.


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan