Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan
yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa,
hati akan diburu rasa bersalah.
Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan
main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah
seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja
menentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.
Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama
dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya... rasa bersalah itu akan hilang.
Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa
bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada
air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan...
tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. "Alah Bisa Tegal Biasa". Hati telah tega untuk berdosa.
tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. "Alah Bisa Tegal Biasa". Hati telah tega untuk berdosa.
Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi
tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa,
kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni
seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang
untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran,
mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa
bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang
tiada taranya.
Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan
tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur
laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk 'maju'
setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan
dosa menjadi si berdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan
dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama
yang bercakap tentang akhirat dan kiamat... pejuang dosa itu pun bangun
menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan
tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan
seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang
membara dalam diam. Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan
kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati
pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah 'peringatan' yang Allah
bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu
masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat
kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia,
tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur
lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi
ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan
putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan
taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak,
dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju
dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik
hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh
'nikmatnya' yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah... sekalipun kau terhijab daripada
mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat
kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis
kerana dosa... tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu,
kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan
rasa takbur!
Terimalah lagu dari Edcoustic... Lagu ini sangat Menyentuh HATI Ibnu ketika sendiri MENYEPI dengan MP3 di atas puncak GUNUNG LEDANG,JOHOR!
Teringat satu kata-kata : fal yakul khoiran au liyasmut! ah,
andai teringat ini diri jadi malu kerana diri bukan yang itu, namun benar,
senyap itu pagar yang paling berkesan dan tidak penat.. pergilah duhai diri,
menyepi seketika, bertafakur dan beruzlah untuk pembaikan...
Mungkin bukan senyap mulut tetapi senyap dari satu sudut yang
memungkinkan pembaikan..
salam MUJAHADAH buat SEMUA!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan