Pengikut

Rabu, 17 April 2013

DEL BOSQUE mahukan pertemuan EL CLASICO di FINAL JUARA-JUARA EROPAH



Pengurus Sepanyol, Vicente Del Bosque mengharapkan perlawanan akhir Liga Juara-juara di antara dua pasukan Sepanyol, mendakwa ia adalah "apa yang diinginkan semua orang".
 
 
Real Madrid berjumpa Borussia Dortmund manakala Barcelona menentang Bayern Munich di separuh akhir, bermakna sama ada ia perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan Sepanyol atau pun Jerman pada 25 Mei nanti.
 
Del Bosque, bekas pengurus Blancos, yakin perlawanan akhir Clasico akan menjadi petunjuk positif untuk bola sepak Sepanyol berikutan dominasi pasukan kebangsaannya lewat ini.
 
"Semua orang mahukan perlawanan akhir di antara Barcelona dan Real Madrid," katanya.
 
"Ia akan jadi perlawanan akhir yang hebat jika Barca dan Madrid bertemu kerana majoriti pemainnya bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol. Ia akan menjadi satu lagi langkah besar untuk bola sepak Sepanyol.
 
"Sejak sedekad yang lalu atau lebih, kita telah menyaksikan penguasaan Sepanyol dengan pasukan seperti Valencia, Sevilla, Villarreal dan Deportivo mencatatkan keputusan yang baik."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan